Carian
Tidak Lagi Wajib Mengimbas Kod QR Ketika Memasuki Premis Bermula 1 Mei 2022
April 27, 2022 Aman

Kerajaan kini mengumumkan daftar masuk ke premis menggunakan imbasan kod QR MySejahtera tidak lagi diwajibkan untuk memasuki premis atau kawasan awam bermula 1 Mei 2022 kelak.

Pada masa yang sama, orang ramai turut boleh memasuki premis tapa mengira status vaksinasi masing-masing.

Walaubagaimanapun, mereka yang positif Covid-19, berstatus “Risiko Tinggi” dan berada dalam HSO dilarang daripada memasuki premis.

Kerajaan turut mengatakan aplikasi dan beberapa ciri-ciri MySejahtera akan ditambah-baik lagi. Orang ramai juga diminta mengaktifkan ciri MySJ Trace dalam memudahkan penjejakkan kontak sekiranya berlaku sebarang penularan.

Komen