Cari @ Amanz

Rangkaian 5G Kini Turut Boleh Digunakan Oleh Pengguna Di Johor Dan Selangor

Oleh Aman

Link Copied!

Rangkaian 5G telah mula diperkenalkan di Malaysia sejak penghujung 2021 lepas. Pada peringkat awal, ia hanya ditawarkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Cyberjaya.

Kini, setelah beberapa bulan, perkhidmatan 5G sudah boleh dinikmati oleh pengguna di beberapa kawasan sekitar Johor dan juga Selangor.

Pengenalan ini hadir selepas ujian dilakukan beberapa minggu sebelum ini. Buat masa ini, lokasi di Johor masih terhad, tetapi dijangka diperluaskan dalam bulan-bulan akan datang.

Bagi pengguna di Malaysia yang ingin menggunakan rangkaian 5G, haya Yes sahaja yang menawarkan sokongan buat masa ini, Pihak Unifi Mobile masih belum memperkenalkan ia kepada umum, sementara syarikat telekomunikasi lain masih senyap berkenaan pengenalannya disebabkan proses perbincangan berkaitan DNB. Jikalau berminat, anda boleh memohon kad SIM percuma untuk Yes 5G, dan mencuba rangkaian 5G ini di peranti anda hari ini!


Komen ()