Sony hari ini telah hadir dengan video acah untuk telefon Xperia seterusnya, dan mengatakan bakal memperkenalkan ia pada 11 Mei 2022 kelak.
Pada acara berkenaan, Sony dijangka akan memperkenalkan Xperia 1 IV secara rasminya, yang mana hadir dengan cip Snapdragon terbaru, disamping kemaskini pada sokongan kamera.
Sony dijangka mengekalkan penawaran peranti dengan nisbah skrin 21:9 dengan paparan resolusi 4K, kadar segar semula 120Hz, selain mungkin menyertakan tri-kamera dibelakang.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan Xperia 1 IV ini secara rasminya pada bulan Mei ini.