Infinix Note 12 Dilancarkan Dengan MediaTek Helio G88, Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Apr 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Barisan peranti di bawah siri Infinix Note dikemaskini dengan penawaran variasi baharu. Melaluinya, Infinix Note 12 telah diperkenalkan dengan cip MediaTek Helio G88, sekaligus meletakkannya sebagai sebuah peranti berspesifikasi kelas pertengahan. Dari aspek rekaan, ia mempunyai sisi tubuh rata dan berkotak.

Untuk lebih khusus, Infinix Note 12 dilengkapi skrin sebesar 6.7-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G88, memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Turut melengkapinya, bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Sistem tri-kamera utama turut digunakan dengan tetapan 50MP +2MP + QVGA, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menyokong RAM maya sehingga 5GB, pembesar suara stereo dengan DTS, menjalankan XOS 10.6 berasaskan Android 11 dan sebagainya. Buat masa ini, peranti dilihat sekadar tersenarai tanpa sebarang perkongsian mengenai harga jualan.

komen


© Amanz / 2022 Kami