Carian
Spotify Mencatatkan Peningkatan Ke 422 Juta Pengguna Bulanan Dengan 182 Juta Berbayar
April 28, 2022 Effi Saharudin

Beberapa bulan yang lalu terdapat pergerakan untuk berhenti melanggan kepada Spotify sebagai tanda protes sokongan yang diberikan kepada Joe Rogan walaupun beliau menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai pandemik. Sungguhpun begitu pada suku yang berakhir 31 Mac, Spotify mencatatkan peningkatan ke 422 juta pengguna bulanan berbanding 406 juta pada suku sebelumnya.

Pengguna berbayar juga meningkat ke 182 juta berbanding 180 juta pada suku sebelumnya. Peningkatan ini adalah lebih rendah berbanding sasaran 183 juta kerana penarikan Spotify dari pasaran Rusia kerana sekatan ekonomi yang dikenakan. Spotify masih jauh di hadapan platform penstriman lain seperti Apple Music yang mempunyai sekitar 60 juta pengguna berbayar.

Komen