Infinix Hot 12 Dilancarkan Dengan MediaTek Helio G85, Kamera 13MP

Diterbitkan pada Apr 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain daripada Infinix Note 12, peranti di bawah siri Infinix Hot turut dikemaskini dengan penawaran variasi baharu. Melaluinya, Infinix Hot 12 diperkenalkan dengan janaan cip MediaTek Helio G85. Ia juga menampilkan beberapa ciri dan fungsi menarik lain seperti bateri besar 5000mAh dan paparan skrin yang besar.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, ia dilengkapi skrin sebesar 6.82-inci IPS dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia juga menggunakan cip MediaTek Helio G85 yang dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 13MP+ 2MP + AI, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari fizikal, pembesar suara stereo, menyokong RAM maya mencapai 5GB, menjalankan XOS 10.6 berasaskan Android 12 dan sebagainya. Belum ada sebarang butiran mengenai harga jualan yang dikongsikan buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami