November tahun lepas, Apple telah mengumumkan yang mereka akan mengadakan program baik-pulih kendiri yang membenarkan pengguna membaiki peranti sendiri di rumah. Program yang diberi nama Self Service Repair ini menawarkan buku panduan membaiki, peralatan untuk membaik-pulih dan ditawarkan pada harga yang sama dibayar oleh para jurutera dan juruteknik yang berdaftar.
Lebih menarik, jika pengguna hantar alat ganti rosak atau yang lama kembali kepada Apple – setiap pembelian alat ganti baru diskaun akan diberikan.

Baru-baru ini Apple di Amerika Syarikat telah pun melancarkan kedai atas talian menjual pelbagai alat ganti tulen untuk iPhone 12, iPhone 13 dan iPhone SE generasi. Langkah yang amat mudah dan mempunyai peraturan sedikit ketat, iaitu sebelum membeli alat ganti pengguna perlu masukkan nombor siri atau IMEI peranti terlebih dahulu.

Kemudian baca panduan yang diberikan, contohnya untuk baiki skrin ia mempunyai 81 muka surat. Harga jualan seperti yang dinyatakan adalah sama seperti harga yang dibaiki di kedai rasmi Apple atau juruteknik berdaftar. Contoh untuk skrin iPhone 13 Pro set baiki skrin adalah $269.96 (~RM), tapi jika pulangkan bahagian yang risak diskaun sebanyak $33.60 (~RM) diberikan.
Buat masa ini ia terhad untuk sembilan model iPhone ini sahaja, kelak produk M1 pula. Ia juga terhad di Amerika Syarikat dan tidak pasti bila ia akan meluas ke Malaysia misalnya.