Peranti berteknologi kamera swafoto bawah skrin bukan lagi perkara baharu dalam dunia peranti pintar. Malahan, ia kini digunakan secara meluas oleh sejumlah pengeluar termasuklah ZTE, Oppo, Samsung dan Xiaomi. Bercakap lebih lanjut mengenainya, Axon 40 bakal menjadi peranti dengan kamera swafoto bawah skrin yang seterusnya.
Kewujudannya juga telah kerap diperkatakan dalam beberapa laporan, malah rekaannya turut tertiris dalam imej sebenar tular. Enggan terus berteka-teki, tarikh pelancarannya kini didedahkan menerusi ciapan terkini di Weibo. Ia dijadualkan berlangsung pada 9 Mei 2022 dan dijangka hadir dalam beberapa variasi berbeza. Ia mungkin merangkumi Axon 40 dan Axon 40 Ultra. Ia berikutan, ciapan berkenaan jelas kelihatan dimuat-naik menggunakan peranti Axon 40 Ultra.


Perkongsian yang sama turut memperlihatkan peranti akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen1. Kemudian, ia turut dikatakan hadir dengan sokongan paparan yang menakjubkan. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Axon 40 akan mempunyai skrin dengan resolusi yang tinggi, di mana ia sejenis tersesuai antara 2K dan 1080P. Sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya untuk ketahui lebih lanjut mengenai peranti.