OnePlus kini adalah jenama di bawah Oppo. Nama pengecasan sama, sistem operasi lebih kurang sama dan terkini nama peranti juga sama melalui OnePlus Ace. Oppo berhenti menggunakan nama Ace selepas memberi fokus kepada Reno. Kini OnePlus pula mengambil nama Ace ini.
OnePlus Ace adalah peranti kelas pertengahan premium atau boleh juga dikatakan adalah peranti mercu asas dengan cip Dimensity 8100. Ia juga menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 150W dan sebenarnya adalah Realme GT Neo3 sahaja.

Terkini sebuah peranti OnePlus dengan nombor model PGZ110, lebih kurang dengan Ace yang mempunyai nombor model PGKM10 tertiris. Peranti ini mempunyai rekaan mirip OnePlus 10 Pro, tetapi dijana dengan Dimensity 8100. Ia mungkin adalah peranti OnePlus 10 yang dikhabarkan sebelum ini atau mungkin iterasi Ace untuk pasaran lain.
Skrin sayang sekali adalah LCD sahaja, saiz 6.59-inci FHD+ dan menyokong kadar segar semula tinggi 120Hz. Kamera juga dilihat biasa sahaja dengan konfigurasi tri-kamera 64MP, swafoto 16MP dan bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas 65W. Apa yang mengejutkan adalah peranti ini masih mempunyai port bicu audio 3.5mm dan menggunakan pengimbas cap jari di sisi.

Peranti misteri OnePlus ini juga dilihat tidak lagi menyertakan butang kawalan notifikasi ikonik. Tetapi kemasan peranti ini dilihat seakan Sandstone sama pada OnePlus 10 Pro yang mengembalikan kemasakan terkenal OnePlus One.
Apa pandangan anda mengenai peranti ini?