Cari @ Amanz

Kaki Palsu Kalis Air Dibangunkan Untuk Digunakan OKU Ketika Mandi

Link Copied!

Kehidupan OKU lebih mencabar kerana prasarana awan dan pelbagai peranti tidak direka dengan input dari mereka. Oleh itu pelbagai cara kreatif digunakan oleh golongan ini untuk menjalani kehidupan yang sehampir mungkin seperti golongan yang lebih berupaya. Antara isu yang telah wujud selama ribuan tahun ialah bagaimana memudahkan kehidupan golongan yang kudung.

Lytra 2.0 ialah set kaki palsu yang direka oleh Harry Teng bagi memudahkan golongan kudung bahagian bawah tubuh badan untuk mandi. Kaki palsu tradisional secara lazimnya diperbuat daripada bahan logam yang berkarat apabila terkena air membuatkan ia tidak boleh dipakai di dalam bilik mandi. Malahan kos kaki palsu juga amat mahal untuk individu kudung mempunyai set kedua hanya untuk digunakan di bilik mandi.

Set Lytra 2.0 diperbuat daripada bahan plastik, silikon, besi tahan karat dan getah. Bahagian mangkuk untuk meletakkan lutut dihasilkan menggunakan cetakan 3D mengikut bentuk anggota yang lumpuh bagi menjadikannya lebih selesa dipakai. Sebuah tempat simpanan merangkap pengering turut dihasilkan.

Pada waktu ini Lytra 2.0 masih lagi sekadar konsep tetapi ia mempunyai potensi digunakan di hospital oleh pesakit yang masih belum biasa hidup dengan kehilangan anggota untuk membiasakan diri dengan situasi mereka.


Komen ()