Meta : Kini 20% Daripada Masa Di Instagram, Diluangkan Menonton Reels

Diterbitkan pada Apr 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peralihan dan fokus pihak Meta terhadap ciri Reels di Instagram dan Facebook kini dilihat mula membuahkan hasil. Menurut Meta, kini hampir 20% daripada masa yang dihabiskan di Instagram, diluangkan dengan menonton video-video Reels.

Pada masa yang sama, kini pengguna menghabiskan sekitar 50% untuk menonton video di Facebook.

Format video yang ditatal ke atas dilihat semakin popular dari hari ke hari. TikTok sedia menyatakan lebih 1 trilion tontonan berlaku pada platform mereka, hanya di rantau Asia Tenggara setiap bulan.

YouTube turut baru-baru ini berkongsi mengatakan mereka menjana lebih 30 bilion tontonan melalui YouTube Shorts setiap hari.

komen


© Amanz / 2022 Kami