Cari @ Amanz

Separuh Daripada 10 Peranti Android 5G Paling Laku Dikeluarkan Samsung

Link Copied!

Peranti 5G sudah mula ditawarkan sejak tiga tahun yang lalu. Tetapi di Malaysia pengenalan rangkaian selular generasi tertinggi ini masih lagi amat terhad dengan majoriti syarikat telekomunikasi utama belum menawarkan pakej mereka. Antara isu paling besar dengan rangkaian 5G Digital Nasional ialah sokongan peranti yang juga terlalu terhad.

Menurut laporan terkini Counterpoint, lima daripada sepuluh peranti Android 5G paling laku pada Februari 2022 dikeluarkan oleh Samsung. Baki lima lagi peranti terdiri daripada dua dari Honor, satu dari Oppo, satu dari Vivo dan satu lagi dari Xiaomi.

Peranti Android 5G paling laku dalam senarai ini ialah Samsung Galaxy A52s 5G. Malahan majoriti peranti yang dijual adalah dari kelas pertengahan dan bukannya mercu. Sementara itu Android memegang 67% jualan peranti 5G di peringkat global dengan 10 peranti di atas menyumbang kepada 20% jualan.


Komen ()