Facebook Mencatatkan Peningkatan Angka Pengguna Harian Kembali – Mencapai 1.96 Bilion Pengguna Harian

Diterbitkan pada Apr 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada suku tahunan yang lepas, Meta, syarikat induk disebalik Facebook mengejutkan ramai apabila ia mencatatkan penurunan angka pengguna buat pertama kalinya – sekaligus membawa kepada pelbagai spekulasi.

Apa pun, kini selang satu lagi suku tahun, Meta kembali mencatatkan peningkatan. Facebook kini mempunyai lebih 1.96 bilion pengguna aktif harian – meningkat berbanding 1.92 bilion sebelum ini.

Secara keseluruhan, apabila melihat gabungan Facebook, Instagram dan WhatsApp, Meta mempunyai seramai 2.87 bilion angka pengguna aktif harian. Kalau dilihat pada bulanan pula, Meta mempunyai seramai 3.64 bilion pengguna aktif bulanan.

Meta juga turut berkongsi mengatakan format video Reels mereka memperlihatkan angka tontonan yang meningkat dari hari ke hari, selain lebih ramai yang kini menggunakan Facebook untuk tonton video.

komen


© Amanz / 2022 Kami