iQOO Z6 Pro 5G Kini Rasmi – Dijana Snapdragon 778G, Pengecasan Pantas 66W

Diterbitkan pada Apr 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setakat hari ini, belum ada satu model di bawah jenama iQOO yang ditawarkan di pasaran Malaysia. Namun, ia tidak menghalang kita untuk ketahui lebih lanjut mengenai perkembangannya. Terkini, iQOO Z6 Pro 5G baru sahaja diperkenalkan di India dengan penawaran spesifikasi kelas pertengahan.

Melaluinya, ia menawarkan skrin 6.44-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia turut dipadankan dengan cip Snapdragon 778G bersama memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Bateri pula sebesar 4,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 64MP + 8MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan FuntouchOS 12 berasaskan Android 12, sokongan RAM maya sehingga 4GB RAM dan sebagainya.

Untuk harga, iQOO Z6 Pro 5G dijual di India pada INR23,999 (~RM1,365) (6GB/128GB) dan INR28,999 (~RM1,650) (12GB/256GB).

komen


© Amanz / 2022 Kami