Xiaomi Smart TV 5A Dilancarkan Dengan Tiga Pilihan Saiz Dan Dolby Audio

Diterbitkan pada Apr 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi kini hadir dengan penawaran televisyen pintar baharu menerusi pengenalan siri Xiaomi Smart TV 5A. Terdapat sehingga tiga pilihan saiz skrin yang tersedia iaitu 32-inci dengan resolusi HD (1366 x 768 piksel). Kemudian, saiz 40-inci dan 43-inci pula beresolusi FHD+ (1920 x 1080 piksel). Ia turut dipadankan dengan binaan bezel yang nipis, di samping kualiti binaan premium yang diperbuat daripada bahan logam.

Untuk spesifikasi khusus, ketiga-tiganya berkongsi sejumlah perkakasan dalaman yang sama. Ia merangkumi penggunaan cip pemproses empat-teras Cortex A55 CPU yang dipadankan dengan GPU Mali G31 MP2, memori 1.5GB RAM dan 8GB storan dalaman secara terbina. Seterusnya, ia juga menjalankan sistem operasi Android TV (Android 11) dan sokongan untuk perkhidmatan Google Assistant, Chromecast serta gedung aplikasi Google Play

Turut melengkapinya adalah sistem pembesar suara empat unit dengan output 24W untuk model 40 dan 43-inci. Sementara itu, model 32-inci pula dilengkapi sistem pembesar suara 20W. Ianya menyokong kebolehan Dolby Audio secara terbina. Spesifikasi lain termasuk – bluetooth 5.0, Wi-Fi dwi-band, port ethernet dan bicu fon kepala 3.5mm.

Di India, model 30-inci dijual pada harga ₹ 15,499 (~RM889) untuk saiz 30-inci. Sementara itu, Xiaomi Smart TV 5A 40-inci pula berharga ₹22,999 (~RM1,309) dan 43-inci pula pada ₹25,999 (~RM1,479) untuk sebuah. Tiada butiran lanjut mengenai ketersediaan untuk pasaran luar.

komen


© Amanz / 2022 Kami