Cari @ Amanz

Pra-tempah Siri Televisyen Pintar Premium LG QNED Mini LED Kini Dibuka Di Pasaran Tempatan

Oleh Nazrin

Link Copied!

Jika anda sedang mencari sebuah televisyen pintar kelas bangsawan baru bersempena hari raya, LG Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa mereka telah mula menjual siri televisyen pintar LG QNED Mini LED mereka yang bukan sahaja hadir dengan pilihan saiz yang banyak, tetapi juga kualiti audio-visual yang menawan.

Siri televisyen LG QNED MiniLED ini ditawarkan dalam empat saiz paparan yang berbeza, termasuklah 86 inci, 75 inci, 65 inci dan 55 inci yang hadir dengan resolusi 4K dan boleh dinaiktarafkan ke 8K menggunakan teknologi terbina didalam televisyen ini.

Televisyen LG QNED ini menggunakan gabungan cip pemprosesan α9 Gen4 AI Processor 8K, panel paparan Mini LED dan Quantum Dot NanoCell yang memaparkan warna yang jitu dan tepat, kecerahan yang sekata dan juga warna hitam yang hampir memiripi hitam yang diperlihatkan pada paparan OLED.

Bukan itu sahaja, siri televisyen LG QNED ini juga hadir dengan teknologi audio Dolby Atmos dan juga teknologi paparan Dolby Vision IQ yang membantu dalam olahan warna dan juga ketajaman gambar bergantung kepada babak filem ataupun siri yang ditonton.

Jika anda mahu memadankan televisyen ini dengan konsol permainan video terbaru seperti Sony PlayStation 5 dan Microsoft Xbox Series X, televisyen ini juga dilengkapi dengan palam HDMI 2.1 dan mempunyai kadar segar semula 120Hz pada resolusi 4K, dimana pengguna boleh memanfaatkan teknologi-teknologi konsol tersebut tanpa masalah.

LG Malaysia mengatakan bahawa pra-tempah untuk siri televisyen LG QNED ini sudahpun mula dibuka bermula hari ini, dan jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenainya, anda boleh lawati laman web LG melalui pautan ini.


Komen ()