Motorola Edge 30 Dilancarkan Dengan Snapdragon 778G+, Kamera 50MP

Diterbitkan pada Apr 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Motorola kini hadir dengan variasi terkini untuk peranti di bawah siri Edge. Melaluinya, Motorola Edge 30 diperkenalkan dengan beberapa titik jualan utama seperti kamera 50MP, skrin AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz dan Snapdragon 778G+.

Untuk lebih khusus, ia dilengkapi skrin sebesar 6.5-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz. Ia juga dipadankan dengan cip Snapdragon 778G+, memori 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Bateri pula sebesar 4,020mAh dengan pengecasan patas 30W. Sistem tri-kamera utama terdiri dengan 50MP (OIS) + 50MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman), sementara itu kamera hadapan pula sebesar 32MP.

Lain-lain spesifikasi termasuklah sambungan Wi-Fi 6E, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos dan sebagainya. Harga jualan untuk Motorola Edge 30 bermula €449.99 (~RM2,066).

komen


© Amanz / 2022 Kami