Carian
Google Memperkenalkan Bahagian “Data Safety” Di Play Store – Menyatakan Apakah Data Yang Diambil Pembangun
April 28, 2022 Fahim Zahar

Apple telah pun memperkenalkan label privasi pada gedung aplikasi mereka, App Store. Label privasi ini adalah untuk pembangun dengan jujur nyatakan apakah data atau akses yang diambil daripada peranti pengguna.

Kini selepas dua tahun Apple memperkenalkannya, Google hadir dengan versi tersendiri untuk Play Store. Bahagian Data Safety atau keselamatan data pada setiap senarai aplikasi di Play Store akan memaparkan penjelasan daripada pembangun mengenai data apa yang dijejak, kongsi atau diambil untuk menggunakan aplikasi mereka.

Bagaimana data pengguna digunakan oleh pembangun juga harus dipaparkan pada penyenaraian aplikasi ini. Untuk melakukannya pembangun harus mengisi satu borang yang kemudiannya akan dikemaskini pada Play Store. Inisiatif ini hanya akan berfungsi jika pembangun jujur.

Namun, jika ada sebarang penipuan – pembangun sukar untuk lari kerana ramai yang sentiasa memantau dan membuat laporan atas aktiviti yang mencurigakan.

Komen