Garmin Instint 2 Solar Edisi One Piece Ditawarkan Di Malaysia Pada RM2299

Diterbitkan pada Apr 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adakah anda salah seorang peminat tegar anime One Piece? Anda sedang mencari sesuatu yang menarik untuk digayakan? Garmin Malaysia kini hadir dengan peranti boleh-pakai edisi khas One Piece. Melaluinya, Garmin Instint 2 Solar One Piece telah diperkenalkan lengkap bertemakan watak-watak di dalam anime berkenaan.

Antaranya seperti Monkey D. Luffy, Roronoa Zoro dan Tony Tony Choppe. Melaluinya, terdapat sehingga tiga jenis edisi yang tersedia dan ia boleh dibeli pada RM2,299 untuk seutas. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa platform berbeza seperti kedai atas talian rasmi Garmin di Lazada, Shopee dan AECO bermula 5 Mei 2022.

Tiada perubahan spesifikasi yang dibuat. Jam tangan pintar ini menggunakan bahan gred-tentera 810G untuk ketahanan haba dan kalis air mencapai kedalaman 100 meter. Ia turut sama didatangkan dengan ciri penjejakan kesihatan terbina untuk pemantauan lebih menyeluruh. Tidak ketinggalan, terdapat juga beberapa sensor terbina yang sangat membantu untuk aktiviti mencabar yang disertakan – seperti sokongan Multi-GNSS, ABC Sensor dan Trackback Routing.

komen


© Amanz / 2022 Kami