Twitter Kini Mempunyai 229 Juta Pengguna Aktif Harian

Diterbitkan pada Apr 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter hari ini mengumumkan penyata kewangan terkini, dan mengatakan mereka mempunyai seramai 229 juta pengguna aktif setiap hari.

Angka ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 15.9% berbanding suku tahunan sebelumnya.

Dari segi pendapatan, Twitter mencatatkan pendapatan sebanyak $1.2 bilion untuk tiga bulan pertama pada 2022 ini.

Apa pun, ini mungkin kali terakhir Twitter berkongsi laporan secara terbuka sebagai syarikat yang disenaraikan awam. Elon Musk telah pun membeli Twitter pada nilai $191 bilion, yang akan menjadikan ia sebuah syarikat persendirian.

komen


© Amanz / 2022 Kami