OnePlus Nord CE 2 Lite Kini Rasmi – Skrin LCD Dengan Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin

Diterbitkan pada Apr 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus Nord CE 2 telah dilancarkan pada Februari lalu. Ia memasuki pasaran tempatan pada Mac lepas dengan harga RM1499. Peranti dijana dengan Dimensity 900 dan menggunakan rekaan seakan Oppo Find X3/X5.

Terkini dalam keluarga Nord, OnePlus telah melancarkan Nord CE 2 Lite. menggunakan skrin 6.59-inci LCD, menyokong kadar segar semula tinggi 120Hz, dijana Snapdragon 695 5G dan dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM serta storan dalaman 128GB UFS 2.2 dengan slot kad mikroSD mencapai 1TB.

Bateri peranti adalah 5000mAh dengan kuasa pengecasan 33W, kamera adalah 64+2+2 Megapixel, kamera swafoto pula 16 Megapixel dan menjalankan sistem operasi Oxygen OS 12.1 berasaskan Android 12. Walaupun skrin LCD, peranti menyertakan pengimbas cap jari bawah skrin. OnePlus juga masih menyertakan port bicu audio pada peranti ini.

Peranti ini adalah peranti kelas pertengahan asas untuk OnePlus. Tetapi OnePlus menjanjikan 3 tahun kemaskini sekuriti dengan 2 tahun kemaskini sistem operasi. Peranti masih mempunyai rekaan sama Nord CE 2, iaitu binaan plastik.

OnePlus Nord CE 2 Lite dijual di India pada harga ₹19,999 (~RM1137) untuk 6/128 GB dan ₹21,999 (~RM1251) untuk 8/128 GB. Tidak pasti sama ada peranti ini akan dijual di Malaysia ataupun tidak.

komen


© Amanz / 2022 Kami