Cari @ Amanz

Ciri Peranti terpaut pada WhatsApp tidak dinafikan memudahkan ramai orang. Denagn satu nombor WhatsApp, kemudian ia boleh digunakan pada komputer atau tablet. Tetapi fungsi multi-peranti ini tidak boleh digunakan pada dua telefon pintar.

WhatsApp sebelum ini dilihat sedang menguji ciri penggunaan satu nombor pada 10 telefon, tetapi ia adalah untuk WhatsApp Business dan mungkin akan mempunyai pelan langganan. Terkini, WABetaInfo mendedahkan yang WhatsApp turut sedang menguji kemampuan mendaftar telefon pintar kedua sebagai peranti yang turut boleh menggunakan WhatsApp dengan nombor yang sama.

Kaedahnya dilihat sama dengan penggunaan peranti terpaut, di mana peranti utama perlu imbas kod QR yang ada pada peranti kedua untuk menyelarikan akaun WhatsApp. Agak aneh dengan WhatsApp yang lambat serta sukar memberikan ciri ini. Sedangkan Telegram boleh sahaja menyokong satu akaun/nombor digunakan pada banyak peranti.

Ciri ini buat masa ini masih dalam pembangunan awal, tidak pasti lagi bila ia akan ditawarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd