Cari @ Amanz

Semasa pelancaran Huawei Mate Xs 2 semalam, Huawei melancarkan beberapa lagi peranti lain antaranya ialah Huawei Band 7. Penjejak kesihatan ini dilengkapi skrin sebesar 1.47″ AMOLED dengan sokongan Always On Display. Sensor yang disertakan ialah pengimbas nadi serta kemampuan mengesan tahap SpO2 darah.

Ciri standard lain yang mampu dilakukan oleh Band 7 ialah menjejak tapak, mengikuti 96 aktiviti senaman, girometer, accelerometer, dan menjejak tidur. Bagi pengguna wanita, menjejak kitaran haid turut boleh dilakukan secara terbina.

Band 7 boleh dibawa berenang sehingga 50 meter kerana mempunyai ketahanan 5 ATM. Dengan sekali caj, Band 7 boleh beroperasi sehingga 14 hari. Pembayaran nirtunai menerusi sistem NFC turut boleh dilakukan. Di China Huawei Band 7 dijual pada harga bermula RMB269 (~RM177) dalam warna hijau, merah, hitam dan merah jambu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd