Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat banyak jam tangan pintar yang mampu menjejak aktiviti dan kesihatan pengguna. Ini termasuklah berenang, berlari, berjalan, menyelam dan sebagainya. Terkini, Huawei hadir dengan pilihan peranti-boleh pakai baharu buat pengguna dengan memperkenalkan Huawei Watch GT 3 Pro.

Jam tangan pintar ini hadir dengan pilihan bahan binaan yang baik bersama kemasan tampak eksklusif. Ia ditawarkan dalam dua variasi berbeza iaitu 46mm dengan saiz skrin sebesar 1.43-inci. Sementara itu variasi 43mm pula dipadankan dengan skrin sebesar 1.32-inci. Bagaimanapun, kedua-duanya masih mempunyi persamaan – di mana skrin sejenis AMOLED dan tubuh seramik/titanium dengan kaca Sappire digunakan padanya.

Salah satu ciri utama pada jam tangan pintar ini adalah pengesan tekanan darah sensor ECG dan nadi TrueSeen 5.0 untuk pemantauan kesihatan yang baik. Katanya, ia diluluskan oleh pihak berkuasa perubatan China untuk dijadikan peranti perubatan kelas kedua yang diperakui. Selain daripada itu, ia juga dilengkapi sehingga 100 mod sukan terbina dan salah satu daripadanya adalah Golf.

Tidak ketinggalan, ia juga menyokong penarafan kalis air 5 ATM dan IP68, di samping turut boleh digunakan untuk menyelam sehingga kedalaman 30 meter. Dengan bateri, ia dikatakan mampu bertahan sehingga 14 hari (46mm), sementara itu model yang lebih kecil 43mm pula bertahan sehingga 7 hari.

Untuk harga, Huawie Watch GT 3 Pro 46mm dijual pada RMB2688 (~RM1,763), sementara itu Huawei Watch GT 3 Pro 42mm pula berharga RMB2488 (~RM1,632). Dalam pada itu, terdapat juga variasi edisi khas dengan padanan kemasan Porche yang dijual pada RMB4700 (~RM3,083). Buat masa ini, belum ada informasi lanjut mengenai ketersediaannnya untuk pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd