Siri Huawei V Pro Dilancarkan Dengan Dua Pilihan Saiz Dan Skrin 4K 120Hz

Diterbitkan pada Apr 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei sedia hadir dengan sejumlah penawaran skrin pintar dan kini ia dikemaskini dengan beberapa variasi baharu. Menerusi siri Huawei V Pro, ia diperkenalkan dalam dua variasi iaitu V75 Pro dan V65 Pro. Seperti namanya, kedua-duanya hadir dengan saiz skrin yang berbeza tetapi dilengkapi sejumlah perkakasan dalaman yang sama.

Kedua-duanya menggunakan paparan LCD yang menyokong panel Quantum Dot resolusi sehingga Ultra HD 4K dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga mempunyai binaan bezel yang nipis dengan nisbah skrin ke-badan mencapai 97% bagi memberikan rupa paras moden. Seperi model sebelumnya, skrin miniLED yang dibangunkan Huawei dengan teknologi cahaya belakang turut digunakan padanya.

Seterusnya, televisyen turut didatangkan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB secara terbina. Di samping, 6 unit pembesar suara pada model V75 Pro, sementara itu 4 unit pembesar suara pula pada model V65 Pro. Kedua-duanya turut menyokong sistem audio Huawei untuk pengalaman kualiti audio lebih baik.

Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera sebuah kamera AI pop-naik 24MP , menjalanlan HarmonyOS dan sebagainya. Untuk harga, Huawei V75 Pro dijual pada RMB15,999 (~RM10,493) sementara itu Huawei V65 Pro pula berharga RMB10,999 (~RM7,216). Buat masa ini, tiada informasi lanjut mengenai ketersediaannya untuk pasaran luar.

komen


© Amanz / 2022 Kami