Baru sahaja dilancarkan, kini Infinix Note 12 bakal ditawarkan untuk pengguna di Malaysia tidak lama lagi. Ia merupakan peranti kelas pertengahan dengan cip MediaTek Helio G88. Di samping itu, beberapa ciri utama lain yang diketengahkan adalah skrin yang besar, kebolehan memori maya dan bateri dengan sistem pengecasan pantas 33W.
Melihat perkongsian terkini Infinix, peranti tersebut bakal tersedia bermula 5 Mei hadapan menerusi Shopee. Bagi ketahui lebih lanjut mengenai penawarannya termasuklah harga jualan rasmi untuk pasaran Malaysia, sama-sama kita nantikan. Kami di Amanz turut akan mengemaskini untuk bacaan semua.
Infinix Note 12 dilengkapi skrin sebesar 6.7-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G88, memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Turut melengkapinya, bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.
Sistem tri-kamera utama turut digunakan dengan tetapan 50MP +2MP + QVGA, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menyokong RAM maya sehingga 5GB, pembesar suara stereo dengan DTS, menjalankan XOS 10.6 berasaskan Android 11 dan sebagainya.