Carian
5 Penerima Lesen Bank Digital Diumumkan – Boost + RHB, Sea + YTL, AEON Dan 2 Lagi
April 29, 2022 Aman

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan penerima lesen bank digital di Malaysia, iaitu seramai lima pihak.

Lima penerima berkenaan adalah:

  • Konsortium Boost Holdings Sdn. Bhd. dan RHB Bank Berhad;
  • Konsortium yang diterajui oleh GXS Bank Pte. Ltd. dan Kuok Brothers Sdn. Bhd;
  • Konsortium yang diterajui oleh Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd.
  • Konsortium AEON Financial Service Co., Ltd., AEON Credit Service (M) Berhad dan MoneyLion Inc,;
  • Konsortium yang diterajui oleh KAF Investment Bank Sdn. Bhd.

Sebelum ini, sebanyak 29 pihak telah membuat permohonan untuk lesen bank digital di Malaysia. Dengan pengumuman ini, kita akan dapat melihat pengenalan bank digital oleh syarikat syarikat teknologi tidak lama lagi.

Komen