Bank Negara Malaysia hari ini telah berkongsi penerima lesen-lesen bank digital di Malaysia, dan salah satunya adalah AEON Credit. Pihak AEON Credit melalui konsortium khas menerima lesen untuk bank islam digital.
Konsortium tersebut terdiri daripada AEON Credit, AEON Financial Service, dan juga MoneyLion. Dari segi pegangan, AEON Credit dan AEON Financial memegang pegangan masing-masing 45%, sementara MoneyLion memegang baki 10%.
Bercakap lanjut mengenainya, AEON Credit melalui pemfailan di Bursa mengatakan bank islam digital mereka akan beroperasi dalam tempoh 24 bulan – tertakluk kepada kelulusan BNM.
Buat masa ini, maklumat lanjut berkaitan dengan bank digital ini masih tidak diketahui lagi.