Cari @ Amanz

Agensi Angkasa Malaysia kini memaklumkan yang mana fenomena gerhana matahari separa akan berlaku pada 1 Mei 2022, bermula daripada jam 2.45 pagi sehingga 6.37 pagi waktu Malaysia.

Walaubagaimanapun, fenomena tersebut tidak akan dapat dilihat di Malaysia. Rakyat Malaysia tidak akan dapat melihat fenomena gerhana matahari separa ini kerana laluan bayang-bayang penumbra bulan tidak melalui sebarang kawasan di Malaysia pada waktu berkenaan.

Sebaliknya, ia boleh dilihat di kebanyakkan bahagian tenggara Lautan Pasifik dan bahagian selatan benua Amerika Selatan.

Untuk makluman, gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari, sekaligus menutup cahaya matahari sama ada separa atau sepenuhnya.

Laluan gerhana matahari separa ini akan bermula dari sebahagian antartika ke bahagian selatan benua Amerika Selatan, melintasi sebahagian selatan Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd