CEO Intel Mengatakan Masalah Rantaian Bekalan Akan Berlarutan Hingga 2024

Diterbitkan pada Apr 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

CEO Intel Pat Gelsinger kini meramalkan masalah rantaian bekalan akan berlarutan pula hingga 2024 berbanding ramalan asal beliau ia akan berakhir pada tahun 2023. Dalam temubual bersama TechCheck CNBC, beliau berkata kekurangan peralatan yang kini berlaku akan membuatkan masalah rantaian bekalan sekarang menjadi semakin teruk.

Pelbagai syarikat faundri mula membuka kilang penghasilan cip baharu dan akibatnya permintaan untuk peralatan dan mesin pula mengalami masalah rantaian bekalan. Masalah rantaian bekalan bermula disebabkan oleh pandemik tetapi kini menjadi semakin serius kerana permintaan yang meningkat semula dengan sekain banyak negara mula membuka semula sektor ekonomi. Dengan kelengkapan dibuat di China yang kini menutup sektor pengilangan di Shenzen, masalah kini semakin meruncing.

komen


© Amanz / 2022 Kami