Apple kini telah mengeluarkan peringatan kepada para pembangun, mengatakan mereka akan membuang aplikasi dari AppStore yang tidak dikemaskini dalam tempoh tiga tahun, selain kurang dimuat-turun pengguna.
Apple mengatakan mereka akan memberikan emel notifikasi terlebih dahulu berkenaan akan membuang aplikasi tersebut – termasuk memberi masa sehingga 90 hari sebelum membuangnya.
Apple mengatakan langkah ini adalah dalam usaha mengekalkan kualiti App Store. Apple turut mengatakan aplikasi yang telah dimuat-turun dan dipasang pada peranti pengguna boleh digunakan seperti biasa tanpa masalah walaupun dibuang daripada AppStore.