Jabatan Perangkaan Negara sering berkongsi sejumlah statistik menarik melibatkan Malaysia, dan terbaru, bersempena musim perayaan, mereka turut berkongsi beberapa data menarik berkaitan “Raya”.
Dari segi carian tertinggi menggunakan perkaataan “Raya” melalui Google, negeri Terengganu dilihat mencatatkan angka carian yang paling tinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain. Data ini dihimpunkan sepanjang tempoh antara 13 ke 20 April 2022 lepas.
Selain itu, untuk perkongsian ciapan melalui Twitter dengan terma “Raya” pula, Kuala Lumpur mencatatkan kadar ciapan tertinggi berbanding negeri lain.

Jabatan Perangkaan Malaysia turut berkongsi mengatakan secara purata harga jualan baju kurung adalah sekitar RM74.57, baju melayu pula RM111.04, dan tudung bawal adalah sekitar RM24.67.