Cari @ Amanz

Bermula 1 Mei 2022 hari ini, orang ramai tidak lagi diwajibkan untuk mengimbas kod QR MySejahtera apabila memasuki premis atau kawasan awam.

Sebelum ini, ciri daftar masuk menggunakan imbasan kod QR MySejahtera telah diperkenalkan dalam memudahkan proses kenal pasti kontak rapat, disamping mengekang penularan Covid-19.

Terbaru, dengan perkembangan sihat, kerajaan telah melakukan beberapa perubahan pada SOP, termasuk berkaitan dengan imbasan kod QR MySejahtera ini.

Disamping itu, kerajaan juga kini mengatakan orang ramai boleh ke premis tanpa mengira status vaksinasi masing-masing.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd