Microsoft Edge Akan Menambah Penawaran VPN Percuma Dikuasakan Cloudflare, 1GB Setiap Bulan

Diterbitkan pada Mei 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft kini menguji ciri pelayaran web yang lebih selamat dan terlindung melalui penggunaan VPN – dinamakan sebagai “Secure Network”.

Perkhidmatan VPN yang ditawarkan percuma oleh Microsoft ini pada pelayar web Microsoft Edge, dikuasakan oleh Cloudflare, dan dihadkan kepada 1GB data setiap bulan.

Dengan mengaktifkan ciri ini, ia sekaligus menjadikan pelayaran web anda terlindung daripada sebarang penjejak, serta menutup lokasi anda daripada diketahui pemilik sesuatu web.

Buat masa ini, Microsoft masih belum mengumumkan ciri ini secara rasminya lagi, dan diketahui melalui laman sokongan yang disediakan oleh mereka. Mungkin kita akan melihat ciri ini diperkenalkan tidak lama lagi pada pelayar web Microsoft Edge.

komen


© Amanz / 2022 Kami