Kelebihan HUAWEI nova 9 SE Yang Diperkasa Dengan AppGallery

Diterbitkan pada Mei 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

HUAWEI nova 9 SE merupakan telefon pintar terkini dari HUAWEI yang telah dipasarkan bermula awal Mac lalu. Malah, telefon pintar yang berharga RM 1,099 ini merupakan salah satu pilihan alternatif di pasaran.

Membezakan HUAWEI nova 9 SE dengan yang lain adalah gedung aplikasi mereka iaitu AppGallery. Umum mengetahui bahawa bagi telefon pintar, sokongan aplikasi merupakan satu faktor penting bagi membolehkannya kekal relevan menjadi pilihan. 

Dan sehingga kini, AppGallery mempunyai lebih dari 580 juta pengguna aktif, dan tahun lalu menyaksikan pencapaian mereka sebanyak 432 billion muat turun telah diperoleh. Malah di Malaysia, ia turut mencatatkan pertumbuhan membanggakan, dimana lebih dari 98% aplikasi yang kerap digunakan pengguna Malaysia, tersedia untuk dimuat-turun menerusi AppGallery mahupun Petal Search. 

Jika anda masih mencari-cari aplikasi untuk dimuat-turun pada peranti ini, berikut merupakan beberapa aplikasi menarik yang anda boleh cuba.

Cipta Vlog Menarik

HUAWEI nova 9 SE hadir dengan 108MP AI Quad Camera dan pada spesifikasi sebegini, anda haruslah memanfaatkannya dengan menghasilkan gambar dan video menarik. Malah, ia turut menyokong rakaman serentak menggunakan kamera selfie dan kamera utama, membolehkan anda memberikan ulasan dan reaksi, sewaktu merakam subjek lain.

Menerusi AppGallery, pengguna boleh mencuba aplikasi suntingan video seperti CapCut, InShot, Piscard, PhotoEditor and BeautyPlus bagi menambah baik rakaman tersebut. Bukan sahaja suntingan dapat dilakukan, malah pelbagai penuras tersedia, memberikan lebih banyak ruang kreativiti untuk anda berkarya. 

Sokongan Aplikasi Media Sosial Popular

Pelbagai aplikasi yang popular kini turut menyokong HMS dan boleh dimuat-turun pada AppGallery. Aplikasi seperti TikTok, Snapchat, dan Bigo Live tersedia bagi pengguna. Malah, aplikasi perbualan seperti Telegram, WeChat dan LINE turut tersedia. Kesemua aplikasi ini lengkap segala fungsi, memastikan pengguna HUAWEI nova 9 SE tidak akan terlepas dengan pengguna lain. 

Menstrim Kandungan Video Lebih Baik 

Salah satu ciri utama pada HUAWEI nova 9 SE adalah paparan dengan bingkai yang sangat tipis, memberikan kelainan sewaktu anda menonton video. Dan perkara ini jelas kelihatan apabila anda menstrim kandungan video dari aplikasi popular seperti Astro Go, iQIYI, iFlix dan pelbagai lagi. Kesemua ini tersedia menerusi HUAWEi AppGallery.

Produktiviti Bertambah Dengan 66W SuperCharge

Jika anda menganggap peranti kelas ini tidak sesuai untuk melakukan kerja, anda silap. HUAWEI nova 9 SE membawakan pengecasan pantas 66W SuperCharge membolehkan anda mengecaj penuh peranti ini dalam masa 36 minit sahaja. 

Justeru anda sentiasa membawa peranti ini kemana-mana, tanpa perlu membazirkan masa mengecaj peranti ini serta bebas kemana-mana jua dan mengakses fail fail pekerjaan anda menggunakan Microsoft Office Gspace dan juga WPS Office. 

Membeli-belah Tanpa Was-Was

Jika anda kerap membeli-belah secara atas talian, anda pastinya suka untuk menggunakan aplikasi popular seperti Lazada, Shopee, Zalora dan juga Taobao. Kesemua aplikasi ini turut tersedia menerusi AppGallery, jadi anda tidak akan terlepas sebarang peluang menarik bagi mendapatkan barangan kegemaran anda. 

Lebih dari faktor diatas, anda tidak seharusnya was-was dalam mendapatkan HUAWEI nova 9 SE kerana pelbagai aplikasi tempatan turut hadir dalam AppGallery. Aplikasi seharian yang penting seperti Touch ’n Go eWallet, Grab SuperApp, Maybank2u MY, TikTok, malah permua seperti Garena Free Fire dan juga Mobile Legend Bang Bang turut tersedia menjanjikan keseronokan buat pengguna.

HUAWEI nova 9 SE boleh dibeli pada harga RM 1,099 dengan hadiah percuma bernilai RM 181. Anda boleh mendapatkannya di pengedar rasmi HUAWEI Experience Store berhampiran, termasuklah secara atas talian di HUAWEI Online Experience Store

Ketahui lebih lanjut: HUAWEI AppGallery

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami