FoodPanda Bercuti Di Beberapa Negeri Hari Ini Bersempena Hari Raya
May 2, 2022
Web 2.0
Aman
FoodPanda merupakan salah satu perkhidmatan tempah makanan yang agak popular di Malaysia. Namun, bersempena dengan Hari Raya pada 2 Mei hari ini, FoodPanda merehatkan operasi di beberapa buah negeri.
Mengikut FoodPanda, mereka bercuti dan tidak beroperasi pada hari ini di Perlis, Pahang, Kelantan dan juga Terengganu.

Dengan langkah ini, ia sekaligus turut membuka ruangan untuk rakan penghantar untuk turut beraya bersama saudara mara dan ahli keluarga.
FoodPanda mengatakan mereka akan beroperasi seperti biasa di negeri-negeri lain selain dinyatakan tersebut.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.