Carian
EU Membangunkan Dua Platform Media Sosial Yang Mengutamakan Privasi Data Pengguna
May 2, 2022 Effi Saharudin

Kesatuan Eropah (EU) telah menyaman pelbagai syarikat teknologi dan media sosial kerana kesalahan menggunakan data peribadi pengguna serta amalan pengiklanan yang dilihat tidak adil kepada pesaing. Bagi memastikan data pengguna Eropah kekal selamat, Penyelia Perlindungan Data Eropah (EDPS) mengumumkan mereka sedang melakukan ujian platform media sosial sendiri EU Voice dan EU Video.

Platform EU Voice ialah alternatif kepada Twitter dengan ia akan menjadi saluran penduduk Eropah untuk berhubung pelbagai badan kerajaan. EU Voice menggunakan kod sumber terbuka sama seperti Mastodon yang menjadi platform alternatif pilihan selepas Twitter mengesahkan Elon Musk mengambil alih platform.

Turut sedang diuji oleh EDPS ialah EU Video yang merupakan alternatif kepada YouTube menggunakan platform sumber terbuka PeerTube. Kedua-dua platform tidak akan mempunyai sebarang iklan dengan data pengguna tidak akan dikumpul.

Komen