Carian
Hanya TM Dan YTL Tandatangan Perjanjian Ekuiti DNB Setakat Ini
May 2, 2022 Effi Saharudin

Pengenalan rangkaian 5G di Malaysia cukup bermasalah dengan tiga syarikat telekomunikasi utama masih enggan menggunakan rangkaian yang dikelolakan oleh Digital Nasional Berhad. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sir Annuar Musa mengatakan setakat ini hanya dua syarikat telekomunikasi iaitu Telekom Malaysia dan YTL Communications telah menandatangani perjanjian ekuiti Digital Nasional Berhad (DNB) setakat ini.

5G Malaysia

Beliau kini berharap syarikat telekomunikasi yang lain menyegerakan dalam memuktamadkan perjanjian dengan DNB sebelum tarikh akhir 30 Jun hadapan. Selepas tarikh tersebut mana-mana syarikat telekomunikasi yang belum mengambil ekuiti mereka akan ditinggalkan kerana DNB akan meneruskan pelancaran 5G seperti yang dirancang.

Pada awal April yang lalu CelcomDigiMaxis dan U Mobile telah membuat pengumuman rasmi, menyatakan mereka masih pada peringkat perbincangan dan belum bersetuju dengan RAO (Reference Access Offer) yang telah diterbitkan oleh DNB.

5G Malaysia

Perbincangan masih dilakukan, dan syarikat telekomunikasi juga dalam perbincangan bersama SKMM untuk mendapatkan sejumlah penjelasan penuh berkaitan dengan beberapa perkara yang diterbitkan.

Syarikat telekomunikasi turut menyatakan yang mana majoriti perkara yang telah diungkitkan ketika perbincangan bersama SKMM dan DNB sebelum ini tidak diperbaiki atau dibetulkan pada dokumen terbitan baharu ini.

Syarikat telekomunikasi turut mengatakan RAO yang diterbitkan baru ini tidak akan membolehkan penawaran rangkaian 5G yang mampu-milik dan berkualiti kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia, selain mengekang pengenalan perkhidmatan 5G.

Komen