Carian
India Merampas RM 3.2 Bilion Daripada Xiaomi Kerana Dituduh Melanggar Undang-Undang
May 3, 2022 Effi Saharudin

Pihak berkuasa India merampas $725 juta (~RM3.2 bilion) daripada Xiaomi kerana tuduhan melanggar undang-undang pertukaran asing negara itu dengan membuat kiriman wang haram ke luar negara.

Agensi penyiasatan kewangan India berkata rampasan dilakukan adalah sebahagian daripada siasatan yang dilakukan ke atas kiriman wang haram yang mungkin telah dilakukan Xiaomi. Xiaomi sebelum ini menafikan bahawa mereka melanggar undang-undang India. Sebaliknya bayaran yang dilakukan adalah untuk pembayaran royalti kepada pemegang harga intelek yang sah. Syarikat komited untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan sebarang salah faham.

Pada suku yang lalu, Xiaomi ialah syarikat dengan pegangan pasaran terbesar di India sekitar 23% di hadapan pesaing terdekat mereka Samsung yang memegang 20%.

Komen