Wikimedia Foundation, badan disebalik Wikipedia kini mengumumkan mereka akan berhenti menerima sumbangan dalam bentuk kriptowang. Dengan perubahan ini juga, mereka akan menutup akaun Bitpay mereka, sekaligus mengelak sebarang sumbangan dalam bentuk kriptowang.
Langkah ini diambil oleh pihak Wikimedia Foundation selepas melalui proses pengundian, dan beberapa perkara membuatkan mereka menolak penggunaan kriptowang.
Antaranya adalah termasuk berkaitan dengan implikasi kriptowang terhadap alam sekitar, disamping risiko penipuan disebabkan kriptowang.
Sebelum ini, Wikimedia Foundation telah menerima sumbangan dalam bentuk kriptowang sejak 2014 yang lepas.