Cari @ Amanz

Digi Tawar Pas Video Tanpa Had Pada Harga RM5 Untuk 3 Hari

Oleh Aman

Link Copied!

Bersempena dengan hari raya ini, selain daripada pas yang menawarkan data sebanyak 555GB, Digi kini turut menawarkan Pas Video Tanpa Had pada harga RM5 untuk penggunaan selama 3 hari lamanya.

Pas ini ditawarkan untuk pelanggan prabayar dan juga pascabayar. Melaluinya pengguna boleh strim perkhidmatan Netflix, YouTube, Astro Go, Viu, Dailymotion, atau Unifi Play TV.

Promosi ini ditawarkan Digi bermula hari ini sehigga 31 Mei 2022 kelak. Seperti biasa, pengguna boleh membelinya dengan mengakses aplikasi MyDigi hari ini.


Komen ()