Telegram Premium – Pelan Berbayar Untuk Telegram Kini Hadir Pada Versi Pembangunan Beta

Diterbitkan pada Mei 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telegram sedia menyatakan sebelum ini bakal menguji pelan berbayar mereka dalam menjana pendapatan untuk perkhidmatan permesejan yang ditawarkan secara percuma selama ini.

Selari dengannya, kini melalui versi Beta untuk aplikasi Telegram pada iOS, pihak Telegram telah mula menyertakan ujian untuk pelan berbayar yang dinamakan sebagai Telegram Premium.

Mengikut demo awal, pengguna pelan berbayar Telegram Premium menerima akses kepada sejumlah “Sticker” dan juga reaksi eksklusif yang tidak ditawarkan kepada pengguna biasa. Pengguna juga akan dipaparkan dengan mesej untuk melanggan Telegram Premium apabila ingin menggunakan “Sticker” atau reaksi khusus berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan harga langganan dan juga kelebihan lain yang ditawarkan pelan Telegram Premium ini.

Dengan muianya ujian beta ini, kita mungkin melihat ia diperkenalkan pada versi stabil untuk semua tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami