Carian
Tidak Sempat Dilancarkan Di Malaysia – Facebook Akan Tamatkan Ciri Podsiar Pada Jun
May 3, 2022 Aman

Pada tahun lepas, Facebook telah memperkenalkan ciri podsiar pada platform mereka, membolehkan perkongsian berformat audio diterbitkan melalui platform sosial tersebut.

Namun, tidak sempat diperkenalkan secara meluas kepada umum – termasuk kita di Malaysia, kini laman sosial berkenaan mengumumkan bakal menamatkan ciri podsiar pada platform mereka pada Jun kelak.

Perkara ini disahkan oleh Meta kepada Bloomberg. Dengan pengumuman ini juga, tiada lagi podsiar baharu boleh dimuat-naik ke platform Facebook bermula minggu ini.

Langkah ini dikatakan akan membolehkan Facebook memfokuskan kepada pengalaman yang lebih menyeluruh.

Langkah ini juga turut membuatkan kedudukan Spotify dalam arena podsiar terus kukuh – dan hanya dicabar oleh Apple sahaja.

Komen