Cari @ Amanz

Selain pengumuman akan menamatkan ciri podsiar pada Facebook, platform sosial gergasi tersebut juga turut akan melakukan beberapa perubahan pada ciri audio di platform mereka.

Salah satunya adalah melibatkan “Live Audio Rooms”. Ciri yang diperkenalkan sebagai alternatif kepada Clubhouse sebelum ini membolehkan sesiapa sahaja memulakan perkongsian audio secara langsung, dan seterusnya membincangkan sesuatu topik melaluinya.

Dengan perubahan baharu ini, Facebook dilaporkan bakal mengintegrasikan ciri tersebut terus ke dalam Facebook Live.

Selepas ini, apabila pengguna ingin memulakan Facebook Live, mereka akan diberikan pilihan sama ada berbentuk video atau audio.

Perubahan ini dijangka dilaksanakan oleh Facebook dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd