Carian
Microsoft Edge Kini Mempunyai Pegangan Sebanyak 10% Dalam Pasaran Pelayar Web Desktop
May 3, 2022 Aman

Microsoft suatu masa dahulu mendominasi pasaran pelayar web melalui Internet Explorer. Namun, dengan kehadiran era web moden, Internet Explorer dilihat lambat beradaptasi, membuatkan pelayar web Chrome mengatasinya, dan kini memegang majoriti besar pasaran pelayar web.

Namun, pihak Microsoft tidak berserah begitu sahaja. Microsoft telah pun melakukan penjenamaan kepada pelayar web mereka menjadi Microsoft Edge, disamping menggunakan enjin pelayar web seperti Chrome – dan hadir dengan kemaskini lebih kerap, serta integrasi fungsi-fungsi baharu.

Microsoft Edge

Langkah Microsoft ini dilihat telah mula membuahkan hasil. Terbaru, melalui data StatCounter, ia dilihat Microsoft Edge kini mempunyai pegangan sebanyak 10% dalam pasaran pelayar web desktop – sekaligus merupakan salah satu pencapaian yang baik untuk Microsoft.

Dari data yang diterbitkan, Chrome masih memegang majoriti pasaran dengan 66% pegangan, sementara Edge ditempat kedua dengan 10%, Safari ditempat ketiga dengan 9.6%.

Dengan perkembangan terbaru ini, ia semestinya menarik untuk melihat apakah langkah seterusnya dalam pelayar-pelayar web ini terus menarik pengguna menggunakan penawaran mereka.

Komen