Cari @ Amanz

Institut Fraunhofer bertanggungjawab membangunkan teknologi MP3 dan H.264. Pelbagai inovasi masih dibangunkan Fraunhofer dan terkini menerusi Fraunhofer Cluster of Excellence Cognitive Internet Technologies, mereka membangunkan pula skru pintar.

Antara isu utama selepas struktur dibangunkan ialah penyelenggaraan yang perlu dilakukan bagi memastikan ia kekal selamat. Terdapat beberapa insiden kegagalan struktur kerana skru longgar. Sistem Smart Screw Connection yang dibangunkan Fraunhofer memberikan amaran apabila mengesan ia mula longgar.

Sesendal (washer) pada skru menggunakan lapisan filem yang mengesan perubahan rintangan elektrik apabila skru mula longgar. Isyarat akan diberikan kepada stesen kawalan supaya skru diselenggara dengan segera. Setiap skru boleh menjana bekalan elektrik secara termoelektrik. Tetapi di kawalan skrin tersorok dari matahari, sistem solar boleh digunakan sebagai sumber kuasa.

Penggunaan skru pintar akan menjimatkan kos kerana setiap skru tidak perlu diperiksa satu persatu oleh jurutera. Fraunhofer melihat sistem Smart Screw Connection boleh digunakan pada jambatan, turbin kuasa angin dan mesin. Saiz skru yang ditawarkan ialah M18 dengan skru M20 dan M36 akan ditawarkan dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd