Amazon Kindle Akhirnya Akan Menyokong Format EPUB

Diterbitkan pada Mei 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat beberapa format yang digunakan oleh penerbit ebuku di pasaran. Amazon Kindle sebagai pembaca ebuku yang paling popular dunia sejak dari awal lagi enggan menyokong format EPUB walaupun ia disokong oleh Google Play Books dan Apple Books. Tetapi menerusi dokumen sokongan terkini Kindle, Amazon akhirnya akan menyokong EPUB menjelang penghujung 2022.

Fail dalam format EPUB boleh dihantar ke Kindle menerusi ciri Send to Kindle. Ia kemudiannya akan diubah kepada format KF8 (AZW3) secara automatik bagi memastikan keserasian. Sementara itu sokongan format MOBI (.AZW dan .MOBI) pula akan dihentikan kerana ia tidak menyokong beberapa ciri baharu pada Kindle.

komen


© Amanz / 2022 Kami