Cari @ Amanz

Apple telah memfailkan saman ke atas Rivos kerana didakwa mencuri pekerja dan rahsia milik syarikat. Menurut Apple, syarikat tunas rintis ini mempunyai 40 bekas kakitangan syarikat yang mengetahui rahsia di belakang cip siri A dan M. Ini kemudiannya akan digunakan oleh Rivos untuk menghasilkan SOC yang bersaing terus dengan cip keluaran Apple kelak.

Turut disaman ialah dua bekas kakitangan yang didakwa memindahkan ratusan Gigabyte data keluar dari komputer kerja sebelum memulakan tugas di Rivos. Ini termasuk maklumat rekaan cip yang masih belum dikeluarkan oleh Apple.

Apple memintas injunksi dikenakan ke atas pekerja yang menyertai Rivos bagi mengalang mereka dari terus membocorkan rahsia syarikat dan meminta ganti rugi. Sebagai ganti Apple ingin meminta ganti rugi dalam bentuk royalti yang munasabah untuk setiap teknologi yang digunakan. Nilai ganti rugi yang diminta belum ditetapkan .

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd