Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini berkongsi mengatakan hampir 86.6% daripada 1.8 juta pelanggan 3G telah pun beralih ke rangkaian 4G setakat ini, dan bakinya telah dimaklumkan berkenaan dengan penamatan rangkaian – tetapi tiada langkah seterusnya oleh pihak pelanggan.
Selari dengannya juga, SKMM mengatakan sebanyak 99.3% rangkaian 3G telah pun ditamatkan sehingga penghujung suku pertama 2022 lepas.
Buat masa ini, sekitar 0.7% rangkaian masih beroperasi, dan terletak di kawasan pedalaman. SKMM mengatakan ia akan beroperasi, dan ditutup menjelang Disember 2022 kelak.