Aplikasi MySejahtera kini telah menambah salah satu ciri baharu yang memudahkan pengguna memantau penyakit berjangkit disekitar kawasan mereka.
Melalui kemaskini baharu yang ditawarkan, ia menambah sebuah menu baharu dinamakan sebagai Pengesan Penyakit Berjangkit.

Pada bahagian berkenaan, anda boleh memasukkan lokasi sesuatu tempat, dan melihat taburan semasa kes aktif untuk penyakit berjangkit seperti Covid-19, Denggi, Penyakit Anjing Gila, Demam Campak dan juga Penyakit Tangan, Kaki & Mulut.
Dengan langkah ini, ia membolehkan orang ramai lebih berjaga-jaga, disamping mungkin membantu dalam melakukan beberapa keputusan seperti ingin bercuti di sesuatu lokasi.
Untuk menggunakan ciri ini, anda hanya perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera anda, dan mengaksesnya terus.